Hati ini menangis lagi.
Kenapa?biarlah hanya ALLAH SWT dan diriku yang tahu apa yang berlaku sebenarnya.
" kenapa tiba-tiba......"
terhenti disitu.tidak tahu ingin teruskan apa yang difikirkan..semakin lama fikir semakin jauh tersesat dalam dunia pemikiran. Jadi, aku ambil keputusan untuk membiarkan sahaja. Sesungguhnya apa yang berlaku mesti ada sebab di sebaliknya, cuma kita yang kerdil ini tidak tahu dan mengerti setiap apa yang berlaku.
Hati ini menangis lagi.
Aku biarkan mutiara-mutiara jernih membasahi pipiku mengiringi setiap patah kata dalam doaku kepadaNYA. Terasa tenang didalam hati sebaik mengucap segalanya kepadaNYA. Sememangnya, DIA lah sang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.
Hati ini menangis lagi,
seperti ingin berada jauh sejauhnya, dan ingin bersendirian, yakni bertemankan hanya kepadaNYA. Namun, hidup realiti perlu diteruskan. Walau sepahit manapun, pasti ada kemanisan disebaliknya
.
Hati ini menangis lagi,
bersabarlah wahai sang hati, semoga dengan kesabaranmu, kejayaan akan menjadi milikmu jua. Terdetik untuk berkongsi nasihat seorang kawan :
" Apabila kita mohon dan berhajat untuk mendapat bunga yang cantik, ALLAH SWT beri kepada kita kaktus yang berduri tajam, dan apabila kita mohon kepada ALLAH SWT seekor rama-rama yang cantik, ALLAH SWT kabulkan dengan memberi seekor ulat beluncas. Kita berasa sangat sedih dan bersangka buruk kepadaNYA....
Namun, sedarkah kita?..Kelak dari pokok kaktus itu akan muncul bunga
yang sangat cantik; lebih cantik dan mempersonakan.....
dan sedarkah kita juga, dari ulat beluncas, kelak ia akan menjadi seekor rama-rama yang cantik.
Sesungguhnya, yakinlah kepada ALLAH
SWT dalam memohon hajat, kerana ALLAH SWT pasti akan menunaikan hajat hamba-hambanNYA. Kerana DIA lah Ya Rahman, dan DIA lah juga Ya Rahim. "
Kesimpulannya, ALLAH SWT memberi apa yang kita perlu, dan sesungguhnya setiap yang berlaku sudah termaktub dalam pengetahuanNYA. Kenapa musibah berlaku? Kerana ALLAH SWT sayangkan kita, dan ingin menguji sejauh mana kita bersangka baik kepadaNYA. Ingatlah wahai hati, ALLAH SWT tidak kurang sesuatu pun apabila kita mengkufuri nikmatNYA, namun
DIA tetap terus memberi nikmat tanpa henti kerana DIA lah Ya Rahman..Dan apabila ALLAH SWT menguji hambaNYA, ingatlah juga wahai hati, ALLAH SWT ingin memberi yang lebih baik. Hidup ini adalah untuk mencapai keredhaan ALLAH SWT dan memberi manfaat kepada yang lain. Semoga dengan setiap ujian yang kita hadapi, kita tetap bersabar dan terus bersangka baik denganNYA, kerana ALLAH SWT Maha Mengetahui, dan DIA lahyang mengatur setiap saat hidup ini. Berdoalah kepadaNYA..
Wahai hati, bersabarlah....
0 comments:
Post a Comment