PENEMUAN "MOLE PEOPLE"
Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan
mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil
Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan
terowong rahsia untuk memasuki United States!
Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba,tetapi
oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi -
dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaumini
dari pengetahuan awam. Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah
mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi
mengenai kaum 'orang gua' ini. "Cerita ini
harusdiberitahu," kata sumber itu. "Ia terlalu besar untuk
disorok".Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia
besar mengenai Mole People. "Nampaknya mereka seperti
kaum yang peramah", beliau berkata, "Tetapi mereka amat
primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia
satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu
bahasa English".
Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai
laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)", kata sumber itu. "Dengan demikian, President Bush me
ngendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini
mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami
tidak pasti berapa jumlah mereka ini. kami baru melihat
satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole
tinggai di situ.
"Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin
berjuta-juta orang Mole tinggal merata- rata di dalam
bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka
Bumi". Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan
manusia - dan juga sedikit perbezaan.Ciri-ciri tersebut
ialah;
1.Seperti manusia biasa,mereka berjalan dengan dua kaki.
2.Mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa - setinggi 8
ke 10 kaki tinggi.
3.Jari-jari mereka seperti kuku binatang.
4.Tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka
untuk menggali, bukan seperti kuku mole.
5.Kulit mereka tebal dan sangat kuat untuk menahan panas
melampau di bawah tanah.
6.Bahasa perantaraan mereka hampir sama dengan dialek
Navajo Lama.
7.Mereka mempunyai sistem otot yang besar dan
kuat.membuatkan mereka mampu bertindak ganas
Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok,
kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan
terus menyerang beliau".
Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing
hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya.
Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu". Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi -
pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka
amat meminati buah-buahan segar. Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus
berpesta dan bersukaria, mengikut kata sumber. "Amat
jelas mereka tidak boleh menanam buah- buahan mereka
sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah
muka Bumi". NASA amat berminat untuk mengkaji kaum
Mole. "Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka -
apa yang mereka makan, bagaimana mereka tinggal dan
yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka
dengan kaum manusia.
Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan
manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah
mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini
secara genetiknya ?" Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai
kaum Mole. "Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis
(BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang
yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Pakar
juga berkata penemuan ini telah menimbulkan beberapa
persoalan yang serius,
1.Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupon
peramah dan sanggup bekerjasama?
2.Adakah mereka akan meminta wilayah mereka sendiri di
muka Bumi? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan
mineral di bawah Bumi?
3.Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita?
4.Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah
untuk meneroka ruang angkasa - telah menjumpai kaum
yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan
laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari
wartawan, jurucakap White House menjanjikan informasi
yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan.
Tetapi beliau telah memberi amaran "mungkin tidak untuk
jangkamasa yang terdekat". Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah
itu dalam bulan Ogos tahun lepas ketika sedang
menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation
Mole Hole - satu inisiatif dimana wartawan sekarang
percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan "
teknologi bawah tanah". Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke
dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State's
Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga
gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut
kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang
kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.Sekarang, buat
pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan
kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan
masih tidak diketahui