CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, August 21, 2011

mari beramal..(",)...


10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Sebab turun surah al-Qadr

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut

Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.

Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:

Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa khusus di Malam Lailatulqadar

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut

1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.

Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar

Tuesday, August 16, 2011

salam takziah..



"Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un"

" Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali"


salam takziah kepada keluarga allahyarhamah cikgu norhaliza .semoga roh cikgu ditempatkan dikalangan orang -orang yang beriman.amin..
(sumber : cikgu hartini)

terima kasih cikgu di atas didikan cikgu.





Wednesday, August 3, 2011

kembali senyum.....





Alhamdulilah.hajat untuk pergi mendaki broga hill akhirnya tercapai.plan pun last minute.anyway, thanks to isma, ros dan tukang driver ehsan..kami da plan lama la, berminggu-minggu, tapi mungkin ni la masa yang sesuai..sehari sebelum puasa plak tu (31/7/11)..


rombongan kami bertolak dalam kol 5.15 pagi.. (macam ayat budak sekolah la plak)..dan sampai dekat sana dalam pukul 5.45 pagi..

dengan semangat yang berkobar-kobar, akhirnya sampai kat atas...angin dingin sepoi-sepoi bahasa menyapa pipi (kalah ayat sasterawan ni..hehe)..

SubahanALLAH.
indahnya alam ciptaan tuhan.
tak nak cerita panjang-panjang, tengok la gambar ye...


























































































































Moral of the story :
" untuk berjaya ke puncak perlukan pengorbanan..dan apabila kejayan disertai dengan penat lelah, hasilnya sungguh indah....."

Sunday, July 31, 2011

Harapan ramadhan 1432 H


"Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua"


Ahlan wasahlan ya ramadhan 1432 H...
(Terasa syahdu dalam hati bila ramadhan datang lagi..syukur kepada-NYA kerana masih diberi kesempatan untuk menemui ramadhan untuk kali ini..)

"Ya ALLAH, ampunilah dosa-dosa kami, dosa kedua ibu-bapa kami, dan dosa-dosa muslimin dan muslimat samada yang masih hidup mahupun sudah meninggal dunia.AMIN"

1 Ramadhan 1432 H

Monday, July 11, 2011

Alkisahnya si mentimun betik...


hari jumaat yang lepas, dengan seronoknya dapat balik ke rumah. ALHAMDULILAH...setelah 14 minggu tak balik-balik..dalam hati sebelum ni memang teringin sangat-sangat nak balik..

"bila la nak balik ni.."
" ada rezeki nanti baliklah..insyaALLAH.."

Kalau ada rezeki tu tak kemana, dengan izin ALLAH SWT, dapat la peluang balik ke rumah dengan kereta kakak. macam nak balik
raya pun ada, sebab excited..tambahan lagi, abah masuk ward untuk operation mata.Mungkin da rezeki balik masa ni.ALHAMDULILAH..

sampai rumah, da malam dalam pukul 12 lebih..mak
tak tidur lagi..dalam rasa mamai, nampak kelibat mak bukak pintu untuk kami, terasa.........(tak tahu nak ckp ape)..senyum dalam hati terukir sekali dengan senyum kat muka
..alhamdulilah..akhirnya, sampai juga kat rumah dengan selamat...

hari keesokannya, kami pergi ke kuantan, nak ambil abah yang dah boleh keluar ward.tapi,pagi tu sebelum nak pergi jemput, abah cakap kena tahan ward lagi sebab ada complication.jadi, kena la tunggu esok untuk review lagi sekali, kalau takde pape, boleh la balik hari ahad.tapi kami masih pergi la ke hospital.nak jenguk abah dalam ward.masa tu terdetik dalam hati, kalau da kerja boleh la jaga abah sebab kerja kat hospital sama.in case ada pape hal, dekat.tapi, tu la ALLAH SWT lebih mengetahui.rezeki aku lambat sikit berbanding rakan-rakan lain yang da kerja.

" jangan risau.kalau ada rezeki tak ke
mana.setiap yang berlaku tu ada hikmah di sebaliknya.insyaALLAH"

borak-borak dengan abah sampai pukul 4.jadi kami pun berangkat la balik rumah..

mesti tefikir-fikir kan ada ape dengan mentimun betik? korang pernah dengar tak pasal sayur ni?


haa..ni la rupenya sayur mentimun betik.kenapa "mentimun betik"..erm, entahlah, sebab kacukan mentimun dengan pokok betik la kot.untuk pengetahuan, sayur ni sedap kalau dibuat air, dan rasanya manis-manis macam tembikai susu dan wangi jugak la bau dia..

jadi, nak dijadikan cerita, masa balik dalam kereta tu, kakak yang tengah drive ni pesan :

" nanti, ingatkan ye nak beli mentimun betik kat tepi jalan.nak buat air jap lagi"

lagipun, memang da lama tak minum air mentimun betik ni.ingat lagi, sebelum ni siap cucuk tanam pokok ni, tapi buah dia tak la sebesar yang dibeli..kecik-kecik..tapi, bau dia wangi..bolehla..

masa dalam perjalanan balik tu, ternampak la gerai tepi jalan yang jual buah ni.kami pun turun. dapat la beli buah ni, besar plak tu..

masa tengah pilih-pilih buah, dan tengok buah lain yang ada dijual kat situ, sambil tengok-tengok dekat anak sedara yang galak main dekat kereta,

TIBA-TIBA....

"adik, tayar kereta pancit"

tersentak sebab tiba-tiba ada orang yang tepuk belakang. masa tu, memang terkejut, dan apa lagi, terus bagitau kakak.

masa tu terasa sangat-sangat bersyukur.aku dan kakak aku cuba ingat ada ke bunyi tayar meletup masa memandu tadi..dan ada ke rasa kereta macam terhuyung-hayang sebab tayar pancit..masing-masing cakap takde dengar apa-apa. tambahan lagi, masa tengah beli buah tu pun, anak sedara ada main dekat belakang kereta, tapi tak nampak pun tayar da pancit..

di sini, perkataan pertama yang terkeluar : ALHAMDULILAH...

sememangnya, semua yang berlaku dalam penguasaan-NYA. ditakdirkan kami adik-beradik terdetik nak beli buah mentimun betik...dan juga telah ditakdirkan masa itu juga, ada orang menegur pasal tayar pancit....





...dan juga ditakdirkan masa tu, kakak sorang lagi on the way dalam perjalanan pulang jugak, jadi bolehlah ada orang yang tolong tukar tayar pancit..aku nak tukar?..tak retila la jawabnya...
dan ditakirkan juga semua ni berlaku masa kakak aku ada kat kampung sekali dengan kami,jadi dapatlah tukar tukar kedua-dua tayar kat belakang on the spot lepas tu...dan juga ditakdirkan berlaku waktu siang hari bukan malam...

bila teringat-ingat insiden ni, semua yang berlaku memang bukan dalam kawalan kita..semestinya, semuanya ini dalam pengetahuan-NYA. ALLAH SWT yang memiliki segala pengetahuan, yakni apa yang akan berlaku dan seterusnya, kerana DIA-lah yang MAHA MENGETAHUI....

*** dengan izin ALLAH SWT yang telah melahirkan rasa terdetik untuk kami membeli buah mentimun betik, sememangnya seperti diberi peluang kedua untuk teruskan kehidupan ni..dan sememangnya, kematian itu boleh datang pada bila-bila masa, tiada siapa pun yang tahu bila ia akan datang...syukur, bukan sahaja kami terselamat, tapi juga untuk seterusnya yakni untuk abah dan mak, sebab kereta tu abah dan mak yang pakai...ALHAMDULILAH...******


Sunday, June 26, 2011

Monoloque....








Hati ini menangis lagi.
Kenapa?biarlah hanya ALLAH SWT dan diriku yang tahu apa yang berlaku sebenarnya.

" kenapa tiba-tiba......"

terhenti disitu.tidak tahu ingin teruskan apa yang difikirkan..semakin lama fikir semakin jauh tersesat dalam dunia pemikiran. Jadi, aku ambil keputusan untuk membiarkan sahaja. Sesungguhnya apa yang berlaku mesti ada sebab di sebaliknya, cuma kita yang kerdil ini tidak tahu dan mengerti setiap apa yang berlaku.


Hati ini menangis lagi.
Aku biarkan mutiara-mutiara jernih membasahi pipiku mengiringi setiap patah kata dalam doaku kepadaNYA. Terasa tenang didalam hati sebaik mengucap segalanya kepadaNYA. Sememangnya, DIA lah sang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.


Hati ini menangis lagi,
seperti ingin berada jauh sejauhnya, dan ingin bersendirian, yakni bertemankan hanya kepadaNYA. Namun, hidup realiti perlu diteruskan. Walau sepahit manapun, pasti ada kemanisan disebaliknya
.

Hati ini menangis lagi,
bersabarlah wahai sang hati, semoga dengan kesabaranmu, kejayaan akan menjadi milikmu jua. Terdetik untuk berkongsi nasihat seorang kawan :



" Apabila kita mohon dan berhajat untuk mendapat bunga yang cantik, ALLAH SWT beri kepada kita kaktus yang berduri tajam, dan apabila kita mohon kepada ALLAH SWT seekor rama-rama yang cantik, ALLAH SWT kabulkan dengan memberi seekor ulat beluncas. Kita berasa sangat sedih dan bersangka buruk kepadaNYA....






Namun, sedarkah kita?..Kelak dari pokok kaktus itu akan muncul bunga
yang sangat cantik; lebih cantik dan mempersonakan.....

dan sedarkah kita juga, dari ulat beluncas, kelak ia akan menjadi seekor rama-rama yang cantik.



Sesungguhnya, yakinlah kepada ALLAH
SWT dalam memohon hajat, kerana ALLAH SWT pasti akan menunaikan hajat hamba-hambanNYA. Kerana DIA lah Ya Rahman, dan DIA lah juga Ya Rahim. "

Kesimpulannya, ALLAH SWT memberi apa yang kita perlu, dan sesungguhnya setiap yang berlaku sudah termaktub dalam pengetahuanNYA. Kenapa musibah berlaku? Kerana ALLAH SWT sayangkan kita, dan ingin menguji sejauh mana kita bersangka baik kepadaNYA. Ingatlah wahai hati, ALLAH SWT tidak kurang sesuatu pun apabila kita mengkufuri nikmatNYA, namun
DIA tetap terus memberi nikmat tanpa henti kerana DIA lah Ya Rahman..Dan apabila ALLAH SWT menguji hambaNYA, ingatlah juga wahai hati, ALLAH SWT ingin memberi yang lebih baik. Hidup ini adalah untuk mencapai keredhaan ALLAH SWT dan memberi manfaat kepada yang lain. Semoga dengan setiap ujian yang kita hadapi, kita tetap bersabar dan terus bersangka baik denganNYA, kerana ALLAH SWT Maha Mengetahui, dan DIA lah
yang mengatur setiap saat hidup ini. Berdoalah kepadaNYA..

Wahai hati, bersabarlah....










Monday, June 20, 2011

Ya Rabbi...



Ya Allah...
hanya kepadaMu aku bersujud
memohon pertolongan...

Ya Sami'
dengarlah rintihan hambaMU ini
hanyalah diriMu sebaik-baik pendengar....

Ya Ghafur
sesungguhnya hati ini terlalu lemah tanpaMu
bantulah diriku yang hina ini...

Ya Sobur
tabahkanlah hati ini menghadapi ujianMu
sepertinya aku teralalu rapuh....

Ya Wajid
Kuatkanlah hati ini hanya untukMu

Ya Salam, Ya Bari'
berilah kesihatan yang baik
semoga dapat terus memujiMu

Ya Mujib
Sesungguhnya engkaulah sebenar-benar penolong
Bantulah diri ini...

Ya Awwal, Ya Akhir
Redhailah hidupku
sesungguhnya dariMu aku datang
dan kepadaMu kelak aku kembali.....


20 rejab 1432

21.06.2011..