CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, June 19, 2010

Is it true??? @_@





PENEMUAN "MOLE PEOPLE"


Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan

mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil

Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan

terowong rahsia untuk memasuki United States!


Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba,tetapi

oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi -

dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaumini

dari pengetahuan awam.
Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah

mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi

mengenai kaum 'orang gua' ini. "Cerita ini

harusdiberitahu," kata sumber itu. "Ia terlalu besar untuk

disorok".Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia

besar mengenai Mole People. "Nampaknya mereka seperti

kaum yang peramah", beliau berkata, "Tetapi mereka amat

primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia

satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu

bahasa English".


Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai

laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)", kata sumber itu. "Dengan demikian, President Bush me

ngendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati.
Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini

mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami

tidak pasti berapa jumlah mereka ini. kami baru melihat

satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole

tinggai di situ.

"Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin

berjuta-juta orang Mole tinggal merata- rata di dalam

bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka

Bumi".
Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan

manusia - dan juga sedikit perbezaan.Ciri-ciri tersebut

ialah;

1.Seperti manusia biasa,mereka berjalan dengan dua kaki.

2.Mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa - setinggi 8

ke 10 kaki tinggi.

3.Jari-jari mereka seperti kuku binatang.

4.Tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka

untuk menggali, bukan seperti kuku mole.

5.Kulit mereka tebal dan sangat kuat untuk menahan panas

melampau di bawah tanah.

6.Bahasa perantaraan mereka hampir sama dengan dialek

Navajo Lama.

7.Mereka mempunyai sistem otot yang besar dan

kuat.membuatkan mereka mampu bertindak ganas

Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok,

kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan

terus menyerang beliau".

Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing

hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya.

Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu".
Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi -

pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka

amat meminati buah-buahan segar.
Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus

berpesta dan bersukaria, mengikut kata sumber. "Amat

jelas mereka tidak boleh menanam buah- buahan mereka

sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah

muka Bumi". NASA amat berminat untuk mengkaji kaum

Mole. "Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka -

apa yang mereka makan, bagaimana mereka tinggal dan

yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka

dengan kaum manusia.

Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan

manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah

mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini

secara genetiknya ?"
Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai

kaum Mole. "Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis

(BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang

yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Pakar

juga berkata penemuan ini telah menimbulkan beberapa

persoalan yang serius,

1.Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupon
peramah dan sanggup bekerjasama?
2.Adakah mereka akan meminta wilayah mereka sendiri di

muka Bumi? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan

mineral di bawah Bumi?

3.Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita?

4.Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah

untuk meneroka ruang angkasa - telah menjumpai kaum

yang hidup di bawah muka Bumi?
Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan

laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari

wartawan, jurucakap White House menjanjikan informasi

yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan.

Tetapi beliau telah memberi amaran "mungkin tidak untuk

jangkamasa yang terdekat".
Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah

itu dalam bulan Ogos tahun lepas ketika sedang

menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation

Mole Hole - satu inisiatif dimana wartawan sekarang

percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan "
teknologi bawah tanah".
Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke

dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State's

Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga

gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut

kata sumber.
Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang

kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.Sekarang, buat

pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan

kesahihannya.
Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan

masih tidak diketahui

0 comments: